Thursday, July 29, 2010

Rumah terbuka


Hari ini sekolah kami akan mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka di sekolah kami akan terlibat dengan Racial Harmony Day dan Arts @ Bukit Panjang. Saya aka terlibat di dalam rumah terbuka ini kerana saya akan bermain di atas pentas bersama dengan kawan-kawan pancaragam saya. Saya mahukan rumah terbuka ini menjadi yang terbaik. Datanglah dan menyaksikan sekolah kami.

pantun menutup blog saya

Saya bernama Said Faowzy,

Dukacitanya mengundur diri.

Semoga dapat beraksi lagi,

Dengan tujuan memperbaiki diri



Sukan Olimpik Belia yang akan diadakan di Singapura merupakan Sukan Olimpik Belia yang pertama. Saya bangga kerana Singapura telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara yang gemilang ini. Saya berharap Singapura dapat memenangi empat pingat emas dalam apa juga bidang sukan yang mereka bertanding. Saya tidak sabar untuk menyaksikan para atlit bertanding pada 14 - 26 Ogos 2010 nanti. Singapura boleh!

bola keranjang

Saya suka bermain bola keranjang. Saya suka bermain bola keranjang kerana ia mudah untuk dimainkan. Untuk bermain permainan ini kita harus lompat dan berlari dengan cepat supaya tiada orang yang boleh mengambil bola itu dari lantunan kita. Saya berasa dengan bermain permainan ini ia dapat membuat saya sentiasa sihat dan segar. Inilah permainan yang saya sukai.

Previu Hari Kebangsaan Singapura




Pada hari Sabtu yang lalu, murid-murid darjah lima di sekolah saya telah diwajibkan pergi ke Padang untuk menyaksikan NE Show atau latihan Hari Perbarisan. Ia merupakan aktiviti tahunan bagi murid-murid darjah lima di seluruh Singapura. Pada tahun ini, saya rasa persembahan previu hari kebangsaan ini adalah yang terbaik. Pengacara yang menghiburkan kami adalah Suhaimi Yusof, Gurmit Singh dan Michelle Chia. Mereka telah mengacara dengan bagus dan lucu sekali. Saya suka dan berpuashati dengan atur cara pada malam itu. Saya pulang dengan gembira!

Wednesday, July 28, 2010

Pizza Kilat




Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini.
1)sos tomato

2)hotdog

3)satu keping roti

4)kepingan ayam

5)keju


1)Pertama sekali sapukan sos tomato pada roti

2)Kemudian potongkan hotdog lalu hiaskannya di atas roti seperti ini.

3) Selepas itu letakkan kepingan ayam di atas roti itu seperti ini.

4)Akhir sekali letakkan keju lalu masukkan ke dalam ketuhar selama lima minit.
Inilah snek kegemaran saya.
Cubalah Resipi ini :)

Tuesday, July 20, 2010

Tayangan gambar


Saya menonton 'Karate Kid' pada cuti minggu yang lalu.

Cerita ini ialah mengenai seorang budak lelaki yang bapanya telah meninggal dunia. Ibunya harus bertukar kerja lalu membawa anaknya ke negera Cina. Di situ dia mendapat kerja yang bagus. Apabila dia berada di sana , dia terpikat kepada seorang budak perempuan . Tetapi budak perempuan itu pula disukai oleh budak lain, yang tahu 'kung fu'.Sejak hari itu dia sering dibuli. Seorang pekerja di sana ternampak kejadian itu lalu mengajarnya 'kung fu'.


Cerita ini mengajar saya tentang suatu sifat iatu jangan mudah putus asa. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang pelajar 'kung fu' yang berjaya.

Tuesday, July 13, 2010

kegiatan ko-kurikulum


Kegiatan ko-Kurikulum saya adalah pancaragam. Saya memilih kegiatan ko-kurikulum ini kerana saya suka muzik. Muzik adalah sebahagian daripada hidup saya.Ia membuat saya sentiasa bahagia. Di dalam kegiatan ko-kurikulum ini, saya dapat mebelajar cara untuk bermain Trumpet.Untuk saya,bermain trumpet begitu mudah. Saya suka bermain trumpet.

Tuesday, July 6, 2010

puisi


Ini adalah puisi yang saya telah reka dalam kelas Bahasa Melayu.
Pokok
Pokok mengeluarkan oksigen,
terutama kepada manusia dan haiwan,
Buah digunakan untuk makanan,
kepada manusia yang memerlukan.

Wednesday, June 30, 2010

Pantun

Empat mata pelajaran saya pelajari,
Matematik dan Sains menarik sekali.
Bahasa Inggeris, bahasa globalisasi,
Namun Bahasa Melayu juga saya sanjungi.

Anak Melayu gunakanlah Bahasa kita,
Agar Bahasa tidak hilang di dunia.
Apalah Bahasa yang indah belaka.
Jika Anak Melayu tidak gunakannya?

Indah awan di langit biru,
Indah juga warna pelangi.
Indah sungguh Bangsa Melayu,
Bahasa indah dijunjung tinggi.